...

Tuesday, July 16, 2013

ALLAH lebih menyayangimu...

Bismillah..Alhamdulillah.. Tanggal 24 Jun 2013 bersamaan 15 syaaban 1434 (nisfu syaaban) hari isnin bersamaan hari kewafatan baginda Nabi Muhammad S.A.W dan Sahabat Abu Bakar R.A juga merupakan hari pemergian Ayahanda Tn Guru Yahya Bin Omar berjumpa Allah s.w.t. Walaupun di radio Melaka.FM merakamkan pemergian ayahanda seperti hilangnya sebuah mutiara yang bernilai, tetapi bagiku ianya lebih daripada itu. Almarhum merupakan seorang yang ceria, tegas, menepati masa, lasak, seorang yang tidak menerapkan nilai harta dan pangkat kepada anak-anak dan anak didik tetapi tegas dalam memupuk tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanah air serta pentingnya hidup dalam mencari keredhaan ALLAH swt mengikuti cara baginda Nabi saw.  Almarhum ayahanda pergi dalam keadaan sangat tenang dalam lena tidur di rumahku di cyberjaya. Pesanan arwah untuk membangkitkannya bersahur (puasa sunat nisbu sya'ban) rupa-rupanya adalah kata-kata terakhir almarhum kepadaku. Jenazah Arwah dibawa pulang ke Melaka untuk dimandikan kerana masih teringat Almarhum ayahanda memesan untuk dimandikan jenazahnya di Gelanggang Induk Silat. Almarhum ayahanda disambut oleh sanak saudara, ketua menteri, bekas ketua menteri dan kenalan yang ingin memberi penghormatan terakhir dengan penuh hiba. Kini Ayahanda pergi buat selamanya. Namun janji ALLAH itu benar, sesungguhnya apabila mati seseorang hamba itu terputuslah ia akan semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Semoga ALLAH memberi taufiq kepada mereka yang ditinggalkan untuk terus mendoakan kesejahteraan Almarhum di alam hakiki. semoga ilmu yang Almarhum sampaikan akan terus dimanfaatkan. Hingga kini, pemergiannya masih dirasai sebak didada. Hanya setangkai doa yang dapat dikirimkan untuk mengubati kerinduan terhadap Almarhum. Semoga ALLAH merahmati Roh Almarhum ayahanda.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kaulah ayahku  kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hamba Mu
ayahku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau Ayahku kau teman sejati

     Di Gelanggang Sebelum dimandikan.. doa seorang ibu. redha dgn pemergian.





 Isteri dan Anak Bongsu Almarhum..


-Al-fatihah kepada Almarhum Ayahanda Tn Guru Yahya Omar-

Tuesday, February 12, 2013

MY BEAUTIFUL MALAYSIA 2013



BISMILLAH.. ALHAMDULILLAH.. Hampir 100 000 orang sukarelawan dari seluruh Melaka membanjiri persisiran Sungai Melaka untuk aktiviti kesukarelaan semalam. Program yang diberi nama  “My Beautiful Malaysia 2013 Peringkat Negeri Melaka” itu meliputi aktiviti gotong-royong menanam pokok, membina pondok wakaf dan membersihkan kawasan persisiran Sungai Melaka. Aktiviti sukarelawan membolehkan rakyat mempromosi sikap tanggungjawab, disiplin, semangat setiakawan, bekerjasama selain meluaskan ‘networking’ antara pihak kerajaan dengan kumpulan sasaran. Pihak PGISM juga turut sama terlibat dalam program sukarelawan ini. 


Semangat sukarelawan harus diterap dalam jiwa anak muda bagi memanfaat program yang telah diatur demi kebaikan semua dan ini bertepatan dengan pengumuman Perdana Menteri yang menjadikan tahun 2013 sebagai Tahun Sukarelawan. Antara pemimpin yg turut hadir Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Tuan Yang Di-Pertuan Melaka ; YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri KPDNKK.

   Pesilat PGISM yang terlibat.. ceria.

 Acara Senamrobik..

Bersama Pemimpin.

anak-anak muda.....

Tuan Yang Dipertua Melaka sedang Melepaskan anak Ikan di sungai..

SAMBUTAN ULANG TAHUN RISDA KE 40



BISMILLAH.. ALHAMDULILLAH..Tahun 2013 adalah satu tahun yang sangat signifikan bagi RISDA kerana menyambut ulang tahun yang ke 40 yang telah diadakan pada 8 Februari 2013. Sambutan ini sebagai kesyukuran atas amanah dan manifestasi daripada bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak yang banyak berjasa kepada penubuhan RISDA. Ini juga bagi meraikan kejayaan rakyat Malaysia melalui penubuhan RISDA pada 1973 dan sepanjang tempoh 40 tahun badan ini membasmi kemiskinan. Pihak PGISM juga turut membariskan 40 orang pesilat yang menunjukkan simbolik kepada ulang tahun RISDA ke 40.



Mereka  yang terlibat..

SAVE GAZA SEMPENA JELAJAH ANAK MALAYSIA

 BISMILLAH.. ALHAMDULILLAH..  gambar mereka yang terlibat dengan program Save Gaza Sempena Jelajah Anak Malaysia di Melaka:




Pembukaan Gelanggang Baru Cawangan Port Dickson

BISMILLAH.. ALHAMDULILLAH,,,. Dengan izin Yang Maha Kuasa pada tanggal 26 Januari 2013 satu lagi cawangan PGISM telah pun di buka bertempat di Kg. Sungai Raya, Pasir Panjang, Port Dickson  yang telah diketuai oleh Saudara Karim bin Rahmad sebagai ketua jurulatih di Gelanggang tersebut. Majlis tahlil dan perasmian gelanggang telah dihadiri oleh dua orang wakil dari Gelanggang Induk iaitu Saudara Sufi dan Tn Guru Yahya sendiri serta dua orang Da'e rakan seperjuangan dari Pulau Pinang. Tn Guru telah memberi kata-kata nasihat kepada anak-anak perjuangan dalam memelihara agama dan warisan ilmu persilatan. Konsep صلاة " 'Solat Latihan Tempur" ditekankan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai PESILAT yang beragama ISLAM. Tanpa Solat seseorang itu boleh terkeluar daripada islam. Tanpa islam silat hanya luaran. Hanya dengan hakikat islamlah ALLAH meminjamkan kekuatan dalaman sebenar. 

 Tn Guru Bersama pesilat.

Sesi Penerangan  

Majlis Tahlil 

Diharapkan dengan pembukaan gelanggang baru cawangan Port Dickson ini dapat membimbing  anak-anak muda dalam memartabatkan dunia silat Melayu sekali gus menjadikan Silat sebagai  Platform untuk mendekatkan diri kepada Pencipta kita.

Tuesday, January 8, 2013

PGISM drama "PENCAK"

Bismillah.. Alhamdulillah.. dgn izin Yang Maha Kuasa PGISM sekali lagi telah terlibat secara langsung dalam pembikinan drama "PENCAK" oleh Platinum Walk Production yang akan disiarkan oleh RTM. Ayuh!! kita  nantikan drama ini..

nah.. koleksi gambar..


 ini tony


 tn Guru Yahya dan Pak Abu..













PERJUMPAAN DSSM KE6

Bismillah.. Alhamdulillah..6 januari 2013.. satu perjumpaan sahabat2 DSSM (Dunia Seni Silat Melayu) telaah diadakan bertempat di Taman Tasik Titiwangsa. Perjumpaan kali ini merupakan Perhimpunan sahabat2 yg paling ramai. Datang dari pelbagai negeri, pertubuhan dan aliran silat... dengan satu tujuan.. memartabatkan warisan seni silat. Turut dihadiri Guru Omar Din selaku Pendekar Negara sebagai tetamu kehormat. Sebanyak 22 pertubuhan silat telah memperagakan corak permainan silat masing2. HEBAT2.. semuanya dengan izin ALLAH..

ha.. ini antara koleksi gambar2:












 destar/ stanjak/ tengkolok.. murah2....



 boot PGISM.. barangan busana Melayu,, Bundle pon ada..

 kedai warisan.. senjatan tradisional... unik2 ni..